Start With 2017

Assalamualaikum. Hey! Long time no see eh buddy. Harini rasa nak buat luahan setelah bertahun tahun tinggalkan blog sedih ni . Dengan follower tak turun tak naik , maintain gitew! So saya (d'owner) nak memperkenalkan diri. Last update lama dah sebelum spm. Sekarang ni saya dah habis spm. Tinggal result je nak keluar march ni haha. Rasa kekok pulak guna "saya" ni. Dulu username blog "mylaunly" la "milano" la "camilla cabello" la  eh. Hehehe. Mari kita mulakan! Harini entah kenapa aku rasa sedih dengan orang sekeliling aku. Tak kira lah kenal ke tak, tapi effect dia sampai buat mood aku meleret tak ke sudah. Aku rasa macam orang guna aku untuk rasa puas hati diorang je. Tapi bila aku minta tolong sikit, aku dapat tahu dah reaksi macam terpaksa lah, malas, ignore and else. Aku je ke kena jaga hati diorang? Aku je ke kena dengar masalah korang je? Korang je ke ada masalah? Bila aku nak minta tolong, nak share masalah, kenapa tak reti jaga hati aku ni? *sambil dengar lagu aiman tino* makin sebak aku. Hm. Lagi satu, aku pun tak faham lah kenapa effect sakit hati ni sampai harini terasanya. Macam sakit kena reject tapi lagi teruk. Sampai semua orang aku balun marah. Kesian member member lain. Kakaka kucing aku pun aku cubit sampai terkentut kentut dia. Hehe *zalimnya saia . Aku rasa kan nak crush baru, rasa alone pulak bila dah habis sekolah, mereput takde crush, bae ke apa ke.HEHEEHEHEHEHE. Gatalnya kan? Tapi tak nak lah, nanti bila broken aku mana ada tempat luah kat siapa siapa. Kalau ada pun macam terpaksa je layan. Malaslah, lagi broken lagi adala mangkuk betul. Mama je boleh jadikan aku tempat luahan dia. Tapi aku pulak tak faham masalah dia sebab ni hal hal masalah kalangan cikgu. Karang aku cakap lebih macam bajet bagus je HAHAHAHA. So aku iyekan aja lah mama luah apa kat aku. Tapi sampai sekarang aku tak pernah nak luah masalah dengan family. Tak tahu kenapa, macam stranger tapi rapat macam biasa je as family.


-Setakat ni aku luah kat sorang je kawan aku. Dia lah penghibur aku, aku suka kawan dengan dia. Dia baik, suka buat aku gelak cam setan. Hehehehe. Tapi sayang, dia dah lama berpisah dengan aku . Last jumpa time 2014. Tapi Alhamdulilah , kitaorang still contact lagi! Cuma nak lepas rindu tu belum lagi. Takpe tunggu aku dapat lesen. Lepas dapat tu inshaAllah ko orang pertama aku nak jumpa! Cakap pasal lesen. Hari Isnin (13/2/2017) ni aku dah test jpj . Doakan aku lulus ye buddy! Terima kasih. Aku pun kalau boleh tak nak gagal sebab kesian dekat mak aku dah habis beribu dekat situ je. Tapi satu je aku takut time test nanti, iaitu takut enjin mati. Ya Allah, gelabah dia Allah je tahu tau! HAHAHAH. Kecut perut gak apatah lagi bila nak turun bukit tu, nak stable clutch dengan minyak kena confident level tinggi tau. Kalau mati enjin situ, gagal lah seluruh. Aku harap lepasni aku boleh update yang aku lulus test dengan sekali je . Ameen! So sejak cuti cuti malaysia lepas spm ni aku dah berjinak dengan barang makeup. Dolo dolo aku punya anti makeup user. Betul kata orang jangan benci nanti sayang. HAHAHAHA ! teruk metaphore ni melanda jiwa aku. Boleh kering jugakla beli barang barang makeup ni. Oke and the last story, aku adalah salah sorang pemain Blackshot until now. Ye tahu BS tu game lapuk, game zaman batu. Tapi kenapa still ada orang main? Dan pada aku tak salah nak main game tu kan? Tapi seriousla aku cakap BS server makin teruk, salah satu mood aku jadi ruin ni sebab bila aku on je tadi tengok tengok Clan Ranking daripada Gold terus Not Ranking Yet? Paling kesian la clan yang dah legendary tu terus takde ranking, macam bodo bodo je GM sekarang. Tu pasal mood aku meracau malam ni. Malas nak serabut otak aku log off terus. Sebelum tu aku jumpa member kat BS. Dia kata dia nak kahwin dah, dia baik dekat aku . Hahaha semua manusia dalam BS tu kalau chat aku memang sweet nice punya ayat. Bila in game mencarut bahkalakau! Biasalah tu lelaki nampak perempuan main game sikit jakun HAHAHAH! Aku gurau je.  Dia tanya aku sebelum tu "ni mel ke?". Sebelum ni aku bagitahu aku nak stop BS dah sebab tengah broken time tu dengan someone, sampai effect dengan semua orang. Hm So aku delete semua friend aku. Dia la salah sorangnya. Lepastu dia tanya nama panjang. Hahaha comel je tapi sayang nak jadi suami orang dah HAHAHAHAHA. Aku pun cakap la awalnya hang kahwin. Dia jawab "dah lama kawan kot". Aku pun rasa tak keruan lak kalau tak balas whisper dia tapi at same time aku nak main game. First ingat nak minta ig guna ayat ni "Nanti dah kahwin masuk la gambar kahwin dalam IG" . Ingatkan dia nak tanya username ig aku ke last last tak pun. Time tu aku tahu dia tak nak aku jadi lebih dari friend BS je. So aku pun belah macam tu , mood macam tak best . Kalau main time mood meroyan pun takleh gak, asyik noob je jadi. Dahla noob, tambah lagi noob. Fyi, sekarang latest rank aku dalam BS ialah "MAJOR III" pangkat bunga warna merah. Aku main bs start garena lagi. Bila BS transfer pegi playone asia makin meracau server. Okey tu jela kot aku nak meroyan harini. Lepasni kalau aku sedih lagi aku cari blog ni oke. Bye Assalamualaikum